Khamis, 30 April 2009

CARA BELAJAR YANG BETUL

Cara belajar yang betul
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang
betul akan lebih mudah mencapai kejayaan
berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa
mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini
disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang
berkesan untuk membantu pelajar berhadapan
dunia peperiksaan.

Pertama - Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan
masa yang teruang, masa pertukaran kelas,
masa menunggu kereta sewa, masa sebelum
hidangan makanan. Mereka boleh membaca
satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji
pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua - Membawa buku ke mana sahaja
mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika.
Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca
buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak
membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa
bersungguh-sungguh dengan kewajipan
terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan
anda menyemai budaya belajar yang positif
dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga - Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk
mengulangkaji pelajaran yang anda lemah.
Pupukan semangat belajar pada awal pagi
biar pun anda tidak terasa mahu membaca.
Usaha ini akan menyemai semangat yang
kental terhadap pelajaran dan membolehkan
anda mulakan hari tersebut dengan azam
untuk berjaya.

Keempat - Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat
nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk
membolehkan anda merujuk kembali apa
yang telah anda baca. Ia tidak menjamin
ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa
ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas,
ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi
lebih mudah.

Kelima - Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang
anda hendak lakukan pada hari tersebut.
Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat.
Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak
suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj
buku dan membacanya. Jika anda mempunyai
disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak
akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar.
Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap
mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu
mencapai kegemilangan dalam semua mata
pelajaran.

Keenam - Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa
untuk menjawa contoh soalan setiap hari.
Ini akan membiasakan dirinya dengan corak
soalan yang sering keluar dalam peperiksaan
dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang
hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus
dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa
dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang
sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan
yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh
mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda
sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin
banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan
diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan - Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap
kesempatan yang ada untuk menjawab
kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham
, anda masih boleh menanya. Ini akan
menguatkan kefahaman dan ingatan anda.
Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda,
kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh
membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada
pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris
atau matematik, peruntukkan masa yang
lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih
mata pelajaran yang disukai dan abaikan
mata pelajaran yang anda kurang suka.
Buat tanda pada bahagian yang anda rasa
perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol
dan lorekkan bahagian yang anda anggap
penting. Jangan jadikan tidak faham,
tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan
untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar.
Perhatikan bagaimana mereka belajar
dan semarakkan jiwa yang kuat seperti
mereka. Tukar pendapat antara satu sama
lain. Berikan penemuan dan berkongsi
soalan yang anda buat dengan mereka.
Ini akan mengaktifan suasana tolong
menolong dalam haluan memajukan
pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada
adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan
membuang masa dengan aktiviti-aktiviti
yang tidak menyumbang kepada masa
depan.” Semakin anda memberi galakan
untuk mereka , semakin tinggi semangat
anda untuk menjadi contoh kepada mereka.
Apa yang anda serukan akan menjadi
panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum
dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan ,
jangan terlalu menumpukan perhatian pada
kokorikulum kerana ini akan melalaikan
diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu
berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai
masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa
ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan
5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut
tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga
malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak
sendiri
Jangan membandingkan diri dengan
pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan.
Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan
pastikan anda mematuhi rentak tersebut
Jika anda seorang pelupa, pastikan anda
mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga
pada minggu-minggu yang akan datang.
Jika anda perlukan bimbingan tambahan ,
dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

______________________________________________
_______________________

Selasa, 28 April 2009

CONTOH ARTIKEL

PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Ramai pelajar yang kecewa dan menyesal ketika menerima keputusan peperiksaan yang tidak begitu membanggakan. Kekecewaan dan penyesalan ini timbul kerana usaha yang bersungguh-sungguh telah di buat, namun untuk mendapat keputusan yang cemerlang tidak berhasil. Ramai pelajar yang gagal dalam ujian atau peperiksaan bukan kerana mereka tidak berusaha, tetapi banyak aspek harus diambil kira, seperti didiplin belajar, jadual belajar atau teknik menjawab yang kurang berkesan.

Pelajar yang berhasrat untuk mendapat keputusan yang cemerlang, haruslah memperlengkapkan dirinya dengan beberapa petua menjadi pelajar yang cemerlang. Di bahagian ini akan disenaraikan beberapa petua yang boleh diikuti pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang. Hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang mampu menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Petua-petua tersebut ialah:-

  • menghormati ibu bapa

  • yakin kepada kebolehan diri

  • teknik belajar yang berkesan

  • bercita-cita tinggi

  • melihat proses belajar dari sudut positif

  • belajar berterusan

  • bijak mengurus masa

  • taat perintah agama

  • berdisiplin

menghormati guru