Isnin, 4 Mei 2009

Pemandangan 360 degree Mekah dari Bukit Hira




Pemandangan Mekah 360 degree dari Bukit Hira.










Inilah gambar forumer berbangsa Cina tersebut. Saya amat pelik kenapa orang-orang beragama lain suka menghina dan menjadikan bahan lawak jenaka mengenai Islam sedangkan orang-orang Islam tidak pernah menghina agama mereka. Ini menunjukkan kebenaran Islam sehingga orang-orang yang beragama lain sangat cemburu dan menggunakan pelbagai teknik untuk provoke kesucian agama Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

Orang Islam asyik bercakaran sesama sendiri sehingga bangsa lain ketawakan kita dan berani menghina Islam walau pun rakyat Malaysia sendiri. Sepatutnya orang macam ni yang ditahan ISA. Kalau nak no HP sicinabeng ni boleh lihat di forum TKO .





Mereka Memilih Islam (1)




drdanialhalaqahoxy(Kisah-kisah pengislaman Dr. Gary Miller (Pakar Matematik Kanada) / Aminah asSilmi (Bekas Kristian dan Aktivis Pembebasan Wanita) / Idris Tawfiq (Bekas Paderi) / Estanislao Soria (Bekas Paderi) / Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika) / Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian London)

Dr. Gary Miller (Tokoh Ilmu Teologi Kristian Dari Kanada, Pakar Matematik)

Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran. Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yg menarik ialah yang bertajuk "The Amazing Quran" (Quran Yang Mengagumkan). Dalam tulisan ini beliau Dr Gary Miller. Pakar Matematik dan Teologi Kristian dari Kanada ini memeluk Islam.membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik. Antara tulisannya ialah, "Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu....
Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar". (Rujukan: http://www.islamicity.com/science/theamazingquran.shtml)

Aminah asSilmi (Bekas Kristian Protestan Amerika, Aktivis Pembebasan Wanita Radikal)

Aminah as-Silmi ialah seorang bekas Kristian Protestan dari kumpulan Gereja Southern Baptist. Beliau juga merupakan seorang aktivis dari kumpulan pembebasan wanita yang radikal dan pernah bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan mendapat pelbagai anugerah kecemerlangan ketika berada di sekolah. Ketika di kolej beliau terpaksa belajar dengan wanita-wanita Arab yang rata-ratanya memakai tudung. Beliau menganggap mereka sebagai "golongan yang menjijikkan." Aminah asSilmi. Sebelum ini seorang Kristian dan Aktivis Pembebasan Wanita Dari Amerika.Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berdakwah kpd mereka agar mereka menganut agama Kristian.

Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain. Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah. Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver. Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam... (Rujukan: http://www.texnews.com/religion97/muslim110197.html)

Idris Tawfiq (Bekas Paderi Roman Katolik UK)

Idris Tawfiq ialah seorang bekas paderi Katolik (Roman Catholic). Beliau memperoleh ijazah dalam bahasa Inggeris dan Sastera daripada Universiti Manchester, dan dalam bidang Teologi (Sacred Theology) atau Ilmu Ketuhanan daripada Pontifical University of Saint Thomas Aquinas di Rom. Sebelum memeluk Islam beliau berpandangan Islam ialah satu agama kolot yang merendahkan martabat wanita, mementingkan keganasan dan mengajak umatnya agar Idris Tawfiq seorang bekas paderi Roman Katolik dari UK.mengebom diri untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika beliau bercuti di Mesir selama seminggu beliau mula menyedari bahawa umat Islam secara umumnya tidak seperti yang dipaparkan dalam media massa di Barat.

Apakah perbezaan yang besar antara agama Kristian Katolik dan Islam? Beliau menjawab, "Asas bagi agama Islam ialah Allah. Kesemua perkara adalah berpaksikan Allah... Ia tidak menjadikan, sebagai contoh, Nabi Isa sebagai paksi. Seperkara yang lain ialah, Islam merupakan satu agama yang komprehensif. Ia bukan satu agama yang menekankan ibadah pada hari-hari tertentu (contohnya hari Ahad) sahaja. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya tentang cara untuk menyapa orang lain, adab-adab makan minum, adab-adab memasuki bilik, malah tentang setiap perkara." (Rujukan: http://www.idristawfiq.com/)

Estanislao Soria (Bekas Paderi Roman Katolik Filipina)

Estanislao Soria ialah seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik (Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Beliau mendapat pendidikan dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology, Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari, bercadang untuk menjadikan Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu. Beliau (yang lebih dikenali di Filipina sebagai 'Father Stan') berazam membuktikan penentangan beliau itu secara ilmiah. Estanislao Soria bekas paderi Roman Katolik Filipina memeluk IslamJusteru beliau telah membuat kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas sama sekali. Di samping itu beliau berasa perlu untuk berdakwah kepada orang-orang Islam bertujuan untuk membawa mereka kepada Kristian. Untuk mencapai tujuan ini buku-buku tentang Islam telah beliau baca dan kaji.
Akhirnya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu, selepas beliau mengkaji Islam beliau menyedari bahawa Islamlah agama yang sebenarnya dan seterusnya memeluk agama Islam pada tahun 2001. Beliau mendapati banyak pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Kristian seperti Thomas Aquinas adalah berasaskan ajaran Islam. Beliau berkata, "Kajian saya menyedarkan saya bahawa tamadun Barat sebenarnya berkembang kesan daripada ajaran Islam... Saya juga menyedari bahawa Gospel mengikut Barnabas adalah lebih sahih (credible) jika dibandingkan dengan keempat-empat Gospel yang terdapat dalam Bible sekarang (iaitu Gospel mengikut Mark, Matthew, Luke dan John)." (Gospel mengikut Barnabas menceritakan dengan jelas tentang pengutusan nabi Muhammad selepas nabi Isa). (Rujukan: http://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtml)

Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika, Wartawan)

Michael Wolfe berasal daripada Amerika. Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Justeru berlatarbelakangkan itu beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian namun kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang Michael Wolfe,  wartawan Amerika, memeluk Islamterpilih (iaitu golongan Yahudi), dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula diselimuti pelbagai misteri.

Beliau menegaskan, "Agama kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit yang susah untuk difahami. Agama itu tidak memerlukan manusia perantara seperti paderi. Ia tidak menentang perkara tabii seperti seks. Dalam agama itu perlu ada ritual atau amalan harian agar dengan itu kesedaran diri dapat dipertajam dan minda dapat disiplinkan. Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu membuang akal fikiran untuk digantikan dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli... Dan semakin saya mengkaji Islam semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari.".... Antara buku yang beliau karang ialah 'The Hajj: An American's Pilgrimage to Mecca' dan 'One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage'. Beliau mendapat Anugerah Wilbur 2003 kerana buku agama terbaik yang dihasilkan. (Rujukan: http://www.islamonline.net/English/artculture/2002/12/article09.shtml)

Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian, Penulis Dari London)

Ruqaiyyah Waris Maqsood dilahirkan pada tahun 1942 di kota London, UK. Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Beliau dibesarkan sebagai seorang Kristian dan memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian daripada Universiti Hull pada tahun 1963. Pengetahuan beliau yang mendalam dalam ilmu Kristian merangsang beliau untuk menulis beberapa buah buku tentang agama itu. Rosalyn Rushbrook (London) berijazah dalam  ilmu Teologi Kristian memeluk IslamAntara buku yang ditulis beliau ialah 'In the Steps of Jesus', 'Jesus of Nazareth', 'Does God Have a Body?' dan 'The Trouble with God'.

Namun pengetahuannya yang mendalam tentang Kristian juga menyedarkan beliau tentang kesesatan agama Kristian terutamanya yang berkaitan dengan konsep triniti. Akhirnya beliau memeluk Islam pada tahun 1986. Pada hari ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai buku tentang Islam dan pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Anugerah Iqbal kerana sumbangannya. (Rujukan: http://www.welcome-back.org/profile/maqsood.shtml)

Disusun dan edit oleh Dr. Danial Zainal Abidin untuk mindasuper.com




MOHD. KHAIRI YAP ABDULLAH.

WAHYU pertama yang diturunkan Allah s.w.t kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril pada malam 17 Ramadan ialah Iqra' (Bacalah) yang memberi signifikan kepentingan menuntut dan menimba ilmu pengetahuan.

Bermula daripada detik itulah, kehebatan Islam terus gemilang dengan membawa rahmat ke seluruh pelosok dunia sehingga menyinarkan zaman kegelapan yang dihadapi oleh bangsa Arab dan penganut agama Islam lain.

Signifikan daripada mukjizat agung itu telah mencorakkan tamadun dunia dengan pelbagai penemuan inovasi dan teknologi yang tiada tolok bandingnya.

Bagi Mejar Mohd. Khairi Yap Abdullah, 44, perkara itu tidak pernah disedari olehnya kerana beliau tidak pernah didedahkan mengenai kemuliaan ajaran Islam. Sementelahan pula anak kelahiran Mentakab, Pahang itu sejak dilahirkan sehingga 29 tahun beragama Kristian dan dibesarkan dalam persekitaran agama berkenaan yang begitu kuat dan menebal.

Kalaupun ada maklumat mengenai agama Islam yang diketahuinya, ia adalah terlalu sedikit dan kononnya ajarannya pula terpesong daripada landasan sebenar - mengikut doktrin Kristianisasi.

Selama 29 tahun menganut Kristian, Islam yang diketahuinya mengandungi pelbagai kekurangan dan cukup sinonim dengan elemen keganasan di kalangan penganutnya demi mencapai matlamat penyebaran dakwah.

Bagaimanapun, sudah menjadi fitrah kepada manusia yang sempurna akalnya untuk mencari kepastian dan kebenaran di atas setiap persoalan yang timbul mengenai agama yang dianutinya dan juga agama yang 'diperhodohkan' iaitu Islam.

Semangat mencari kebenaran itu semakin menebal apabila beberapa kekeliruan dan kemusykilan yang timbul di dalam agama yang dianutinya gagal dijawab secara logik dan realistik.

Justeru, perasaan was-was dan curiga mula timbul di benak fikiran dan jauh di sudut hati Mohd. Khairi atau nama asalnya sebelum ini, Yap Mon Fong terhadap kesucian dan kebenaran agama berkenaan.

"Hati saya menjadi bercelaru dan berada dalam dilema kerana jika Islam itu agama tidak elok kenapa begitu ramai penganutnya di seluruh dunia dan setiap sesuatu yang mempunyai kaitan dengan Nabi Muhammad juga menjadi ikutan utama dan tempat rujukan semua penganut agama Islam sehingga kini," katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Mohd. Khairi memutuskan untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya dengan melafazkan dua kalimah syahadah pada 3 Februari 1992, pada usia 29 tahun di hadapan kadi Pahang semasa berpangkat Kapten dan berkhidmat di Kuantan, Pahang.

"Kira-kira empat tahun sebelum itu, semasa perasaan was-was terhadap agama yang saya anuti sebelum ini timbul, saya mulai mengkaji secara mendalam secara perbandingan antara semua agama lain termasuk membaca pelbagai genre buku mengenai Islam.

"Semakin mengkaji, kebenaran mengenai agama Islam terus menonjol apabila semua perbuatan ibadah dan kemusykilan tauhidnya walaupun kecil dapat dijawab dengan menyeluruh dan lengkap," jelasnya.

Mohd. Khairi berkata, kajian mendalam mendapati agama Islam langsung tidak mempunyai cacat cela malah ia mencakupi setiap cabang kehidupan manusia daripada mula ditiupkan roh hingga mati sebelum dibangkitkan semula pada Hari Pembalasan.

"Keburukan yang dimomokkan berpunca akibat kelemahan penganutnya kerana tidak berpegang kepada ajaran sebenar Islam yang diajar oleh al-Quran dan hadis," katanya.

Mohd. Khairi bertemu jodoh dengan Siti Fatihah Sidek, 44, seorang guru pada 25 Mei 1997 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Nabilah yang kini berusia sembilan tahun.

Menceritakan kembali saat selepas pengislamannya, beliau berkata, perkara itu disorokkan selama tiga tahun sebelum ibu bapa dan adik-beradiknya akhirnya menerima dengan baik pengislamannya itu.

"Saya masih pulang ke rumah keluarga tetapi cuba mengelak menjamah makanan tidak halal yang dimasak oleh ibu. Saya akan cari pelbagai alasan, antaranya sudah makan semasa di tempat kerja, nak keluar jumpa kawan hingga menyebabkan ibu terperasan sesuatu telah terjadi kepada saya," katanya.

Kata beliau, ketika ibunya mengetahui mengenai pengislamannya itu, hatinya amat sedih dan kecewa kerana baginya apabila memeluk Islam bermakna menjadi Melayu dan segala hubungan kekeluargaan akan terputus.

Akhirnya, berkat doa yang tidak pernah putus-putus dan akhlak menghormati orang tua telah menyejukkan hati mereka sehingga dapat menerimanya.

"Selama itu, walaupun mereka tidak senang dengan saya tetapi saya tetap menziarahi mereka termasuk semasa perayaan dan majlis keramaian, malah saya juga membawa isteri dan anak saya menziarahi mereka.

"Islam mengajar kita menjadi manusia berguna dan setiap ibu hanya inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan mereka tidak akan sanggup melihat darah daging mereka menjadi jahat," katanya.

Sementara itu, Mohd. Khairi juga mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap ilmu apabila memperuntukkan kira-kira RM500 sebulan untuk membeli pelbagai genre buku ilmiah termasuk mengenai Islam hasil karangan ulama muktabar.

Beliau yang amat mementingkan disiplin hasil asuhan tentera juga mempunyai pelbagai pengalaman menarik seperti menyaksikan sendiri pembunuhan etnik Islam yang berlaku di Bosnia Herzegovina semasa bertugas di negara Balkan itu selama enam bulan pada tahun 1996.


\

Syawal, Zulkaidah dan Zulhijah adalah bulan-bulan haji di mana difardukan Allah ke atas umat Islam akan ibadat haji bagi yang mampu melakukannya, iaitu mampu dari sudut kewangan, persediaan, kesihatan, kenderaan dan yang berkaitan dengannya. Haji juga merupakan satu perhimpunan perdana umat Islam yang datang dari segenap pelosok dunia ke Makkah dengan satu tujuan, tidak lain adalah untuk menyatakan segala kekurangan dan kekerdilan di hadapan Allah Yang Maha Besar. Justeru, sesungguhnya pelaksanaan segala rukun, wajib dan sunat haji adalah untuk menyatakan sikap kerdil tersebut, sekali gus untuk menggarap pengajaran, rahsia serta hikmah daripadanya. Apabila seseorang Muslim yang berjaya menjalani ibadat haji dengan rukun-rukunnya dengan penuh keinsafan, sesungguhnya dia telah berjaya menjalani proses tarbiah yang sedia ada dalam ibadat tersebut. Marilah kita singkap satu persatu daripada pelaksanaan rukun serta falsafah daripada ibadat haji tersebut yang mampu mendidik hati-hati manusia yang telah mati, sekali gus menjadikan umat Islam agung, hebat dan berwibawa dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan mereka.

* Haji dan Ihram haji
Menzahirkan rasa persamaan di kalangan umat Islam dengan pemakaian pakaian ihram berwarna putih yang tidak berjahit, tidak ada yang merasakan dirinya sebagai ketua negara atau rakyat biasa, semuanya sama di hadapan Allah SWT, seolah-olah mereka sedang berada di padang Mahsyar menanti giliran untuk dihisab segala amalan. Ia mendidik mereka akan kepentingan amalan serta bekalan untuk hari akhirat dan menyatakan bahawa mereka mengharapkan keampunan, rahmat serta kasih sayang Allah.
* Haji dan Talbiah (seruan di musim haji)
Lafaz Talbiah: Labbaikallahumma Laka Labbaik, Labbaikala Syarika Laka Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka. Maksudnya: Aku penuhi panggilan-Mu Wahai Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu. Ia merupakan satu seruan untuk disahut oleh setiap Muslim/Muslimah yang sedang mengerjakan haji, untuk menyatakan rasa takut dan mengharap segala amalan diterima di sisi-Nya, untuk menyatakan bahawa tidak ada satu kerajaan pun di dunia ini yang mampu menandingi kerajaan Allah di akhirat, iaitu kerajaan yang mendaulatkan Islam dengan pelaksanaan al-Quran sebagai hukum-hakam yang tertinggi dalam negara, kerana Dialah (Allah) adalah Raja segala kerajaan.
* Haji dan Tawaf
Tawaf merupakan tindakan pusingan mengelilingi Kaabah (rumah Allah) bersama-sama para Malaikat yang mengelilingi Rumah Allah, ia bukan hanya bermaksud mengelilinginya dengan hati, malah dengan roh, perasaan dan hati yang amat mengharapkan kasih sayang Allah, ia merupakan amalan Nabi Ibrahim a.s.yang disambung oleh Nabi Muhammad s.a.w. Para Malaikat mencatat segala amalan manusia yang sedang mengelilingi Kaabah dengan rasa rendah diri walaupun dia merupakan seorang Perdana Menteri, apa yang dicatat itu akan dibaca di hadapan Allah di akhirat dengan kitab sebalah kanan, iaitu golongan ahli Syurga.





Tarikh lahir Islam & Perilaku berdasarkan tarikh kelahiran Islam
http://www.islam./islamicdates.asp
klik kat link tu kalu korang nak tau korang lahir bulan aper dalam bulan
islam

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM...

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan.

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak
mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada
padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya
akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan
mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui
kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah
sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia
akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan
baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa,
dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak
berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat
dan sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat
rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang
dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu
selamat.\

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang
lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu
bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak
tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering
mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya,
kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak
dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk
perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan


Tidur : Antara sunnah Dan Sains

Oleh Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998) Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun.


(Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing') Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function) Tidur Dan Kerihatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)


Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim) Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri. Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.


Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa.
Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: "Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas." (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: "Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk." (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: 'Catching Those ZZZZ's') Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: "Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah." (Tarmuzi) "Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan." (Bukhari-Muslim) Berkata 'Abbad ibn Tamim: "Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda." (Bukhari-Muslim)

Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau

2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.

(Intermountain Spine Institute (1999); 'Spine Self Care') Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan. Wassalam.


Kisah Nabi Musa..Wallahualam

renungan bersama(Document link: Mohd Hasrol Haffiz Aliasak)



Masih ingat dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah
dengan tongkatnya?

Jika salah satu diantara anda menganggap kisah tersebut hanya merupakan
dongeng belaka, sekarang mari kita simak tulisan dibawah ini.

Seorang Arkeolog bernama Ron Wyatt (lihat di http://www.wyattmus
eum.com/ron- wyatt.htm ) pada ahir tahun 1988 silam mengklaim bahwa
dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar
laut merah.

Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang
tenggelam dilautan tsb saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para
pengikutnya.

[]




Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur
berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia
dan tulang kuda ditempat yang sama.

Temuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahwa sisa-sisa tulang
belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Fir'aun yang
tenggelam di laut Merah.

Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University
terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan,memang
benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia
sekitar 3500 tahun silam,dimana menurut sejarah, kejadian pengejaran itu
juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.





Selain itu,ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan,yaitu
poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah
tertutup oleh batu karang,sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat
sulit untuk dilihat secara jelas.

Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita
semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-nabiNya merupakan suatu
hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka.

Diantara beberapa bangkai kereta tadi,ditemukan pula sebuah roda dengan 4
buah jeruji yang terbuat dari emas.Sepertinya, inilah sisa dari roda
kereta kuda yang ditunggangi oleh Firaun sang raja.



Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas,


Pada bagian peta yang dilingkari (lingkaran merah),menurut para ahli
kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya
menyebrangi laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk
Aqaba di Nuweiba.


Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800
meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab.
Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis
merah) kedalamannya mencapai 1500 meter.
Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4
derajat, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar
1/10 atau 6 derajat.


Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar
lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat
membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak
1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk
waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah
berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7
km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang
ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut sebuah perhitungan, diperkirakan diperlukan tekanan (gaya per
satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang
kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.


Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa perhitungan,
setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30
meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan
mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4
jam!!!sungguh luar biasa, SUBHANALLAH. ......... .Allah Maha Besar.




Kisah bersama Su, Zu, As, Mag dan Is........selamat membaca J

Aku dan Su L

Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke?

Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su.
Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa,
Su. Zu pun lama aku tak jenguk.

Aku dan Zu L\

Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah.
Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu,
Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.

Aku dan As L

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab
Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. 'Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.

Aku dan Mag L

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.

Aku dan Is L

Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last',semuanya aku tinggalkan.

Kawan-kawan semua,untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is, masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.

Wallahua'lam.
















Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:



HARI

BACAAN
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD

Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.Wallahualam






Hebat tak ajaran Islam... Islam mendahului zaman.
>
>Baru-baru ini kita dikejutkan dengan rakaman di bilik mandi melalui CCTV oleh seorang guru berbangsa Cina terhadap 19 penuntut perempuan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Secara peribadinya saya dapat merasakan 19 orang pelajar perempuan ini adalah golongan yang sentiasa menjaga maruah dan auratnya. Tetapi malang sekali, maruah dan aurat mereka boleh tergadai dek kecanggihan teknologi pada hari ini....
>
>Apa ajaran Islam ajar 1400 tahun yang lalu????
>
>Kalau nak mandi walaupun di tempat yang sunyi seboleh-bolehnya tutuplah aurat ataupun beradab. Kalau bagi lelaki pakailah seluar pendek pun dah ok yang dapat menutup bahagia pusat hingga ke lutut dan lebih-lebih lagi adik kecik kita tu...:)
>
>Kalau bagi perempuan pulak... berkembanlah. (kalau nak tutup aurat semua, agak susahkan) gunakanlah kain sarung yang boleh menutupi dari paras buah dada sehingga ke bawah.
>
>Bukankah hukumnya makruh jika kita sering melihat aurat kita sendiri terutamanya pada part-part yang sensitif.
>Jadi kalau ada orang yg pasang CCTV atau tangkap gambar kita dalam bilik air yang dindingnya ada lubang kecil, tanpa kita sedari dengan menggunakan camera digital... insyaAllah, masih terselamatlah maruah kita.
>
>Hebat tak ajaran Islam yang seperti dah tahu akan kewujudan kamera digital, CCTV, satelit dan sebagainya lebih 1400 tahun lalu...
>
>Untuk suami isteri pulak yang nak bersenggama pun begitu gak...kena beradaplah jugak. walaupun nak bersenggama di rumah dan bilik kita sendiri. kalau di hotel tu, lagi-lagilah kena lebih waspadanya. seboleh-bolehnya bersenggamalah di dalam kelambu atau pun di bawah selimut. Kalau ada yang ambil gambar kita semasa bersenggama denga isteri kita... apa yang di orang dapat lihat.... kan cuma dapat lihat kalembu ataupun selimut aje yang bergerak.... selamat tak maruah kita? :).....
>
>Begitulah indah dan hebatnya Islam...
>Bukannya untuk menyusahkan. .
>tetapi untuk menyelamatkan. ..
>
>w'slm.




 Dewasa ini, sering kita lihat bagaimana agama islam seolah tertindas dan teraniaya oleh kaum-kaum kuffar laknatullah. sebagaimana yang berlaku di Lubnan, Iraq, Afghanistan, Palestin dan negara lainnya termasuklah di asia, negara yang serumpun dengan kita.Selatan thai kian bergolak dengan seribu macam pergolakan dan tentangan dari kerajaan yang berbangsa hindu, mereka seolah-olah mahu menghapuskan semua umat islam di selatan thai.


Perintah berkurung dan juga akta darurat sedang terjadi di negara jiran tersebut, dan pihak tentera sedang memburu tok guru - tok guru pondok yang berada di selatan thailand kerana disyaki menjadi dalang utama pemberontakan di selatan thai. Malahan sekarang ini lagi teruk akta dan perlakuan tentera terhadaprakyat tempatan yang beragama islam, sesiapa sahaja yang disyakipengganas akan ditembak ditempat tanpa perlu soal siasat dan tangkapan. Pemuda-pemuda yang bermotosikal sering menghadapi gangguan daripada pihak ketenteraan semata-mata mengesyaki pengganas.


Pernah suatu ketika saya bersembang dengan seorang mahasiswa yang berasal dari selatan thai, dia banyak berkongsi cerita dan pengalaman di kampung halamannnya. Berita yang terbaru diterima olehnya ianyalah,semua pelajar islam yang belajar diluar negara khasnya dinegara-negaraIslam seperti timur tengah dan sebagainya, apabila mereka pulang ketanah kelahiran mereka, mereka akan terus ditangkap dan berkemungkinan akan dibunuh. Oleh itu ramai pelajar islam dari selatan thai yang diperintahkan agar tidak pulang dulu buat sementara waktu sehingga keadaan menjadi reda.


Mereka terpaksa terus tinggal sementara waktu di tempat pengajian masing-masing demi keselamatan jiwa mereka.Oleh itu wahai teman-teman sekalian, setiap kali anda selesai solat,doakan lah agar saudara-saudara kita yang tertindas ini diberi kekuatandan diberi bantuan oleh Allah,serta diberikan kesabaran terhadap ujianyang melanda mereka, mungkin kita tidak dapat membantu dari sudutkewangan dan pasukan tentera, oleh itu kita bantulah dengan mendoakan mereka.


Untuk melihat dan membaca lebih banyak dan mendalam tentang saudara kita dipatani, anda boleh lawati lem web ini.

http://www.pataninews.net/sreport.asp"





Pada 2006, Mr Rodriguez telah di jemput datang membentang kertas kerja berkongsi pengalaman beliau sebagai orang yang terakhir dapat keluar melarikan diri dari WTC yang runtoh di langgar oleh kapal terbang. Pada 2006 Mr Rodriguez datang ke KL sebagai seorang Kristian. Tetapi pada tahun 2007 beliau di jemput dan amat menarek. Beliau akan datang membentang kertas kerja nya di Islamic International fair, sebagai seorang yang telah Allah beri hidayah.


Amat menarek sebagai orang yang menerima akibat secara langsong dan hidup untok menceritakan pengalaman menyelamatkan diri dari runtohan WTC di New York, yang di canang oleh US sebagai satu perbuatan keganasan.


Beliau boleh membezakan sama ada benar Islam itu adalah keganasan. Ini satu irony. Saperti kata rakan saya, seorang rakyat US. Bush secara tidak langsong membuat rakyat US bertambah curious untok mengetahui lebeh mendalam apa itu Islam




Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menolak permohonan V.Suresh untuk mendapatkan perintah HABEAS CORPUS bagi membebaskan isterinya Siti Fatimah Abdul Karim (yang nama Hindunya adalah M. Revathi) dari tahanan di Pusat Pemurnian Akidah, Baitul Aman di Batang Kali, Selangor. Hakim Datuk Su Giok Yam menolak permohonan itu yang dikemukakan oleh peguam Karpal Singh atas alasan Siti Fatimah telah pun dibebaskan dari Pusat tersebut.

Pada 23 Jun 2006 Siti Fatimah telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka untuk keluar dari Islam dan menukar namanya dari nama Islam ke nama Hindunya atas alasan beliau tidak lagi menganut Islam, telah berkahwin dengan V. Suresh menurut agama Hindu dan kini mempunyai seorang anak Diviya Dharhini hasil dari perkahwinan itu.

Mahkamah walaubagaimanapun telah mengeluarkan perintah menahan Siti Fatimah untuk 100 hari mulai 8 Januari tahun ini (dan kemudiannya dilanjutkan ke 80 hari lagi) di Pusat berkenaan dan perintah tersebut disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang diberi kuasa ke atas responden memandangkan Pusat tersebut berada di Selangor.


gambar terkini Fatimah dan anak
dari laman web Malaysiakini

Perintah tahanan ini telah mendapat liputan hangat media bukan Melayu termasuklah media antarabangsa.

Menurut turutan kesnya Siti Fatimah lahir dalam sebuah keluarga Muslim dan dibesarkan mengikut ajaran Islam oleh ibu-bapa kandungnya. Pada tahun 2004 beliau telah lari dari rumah dan berkahwin dengan Suresh.

Semalam juga Siti Fatimah telah dibawa ke Mahkamah Syariah Melaka yang telah membebaskan beliau dengan syarat beliau dan anaknya mestilah tinggal bersama ibu-bapa kandungnya dan tidak boleh lagi tinggal dengan suaminya yang beragama Hindu.

Akhbar Utusan Malaysia meletakkan berita ini di muka 13 tanpa menyebut perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariha Melaka sedangkan saya merasakan kes ini sangat besar khasnya terhadap umat Islam dan sepatutnya akhbar tersebut meletakkan berita ini di muka hadapan dan melaporkan dengan secara terperinci perkembangan ini agar menjadi iktibar dan pengajaran kepada umat Islam.

Saya katakan demikian kerana laman web Malaysiakini bukan sekadar melaporkan kes ini, malah menonjolkan bahawa Siti Fatimah jelas terus menantang usaha untuk mengembalikannya kepada Islam. Beliau kelihatan dalam beberapa gambar yang dipaparkan oleh laman web ini, mengenakan pottu (tanda merah di dahi) dan demikian juga anak kecilnya, saya kira bagi membuktikan yang beliau masih penganut Hindu!

Jika sesiapa berkesempatan menonton klip video yang disertakan oleh laman web ini jelas walaupun telah lebih 180 hari berada di pusat pemulihan akidah itu, ternyata kakitangan di pusat berkenaan gagal menyelamatkan akidah Siti Fatimah. Dalam video berkenaan, antara dailog yang boleh saya ketengahkan di sini:

Wartawan: Tiap-tiap hari buat apa di sana?
Fatimah: Hari-hari kalau nak katakan ikut agama Islam, memang dia orang buat ajaran agama Islam, tapi saya tidak pernah ikut, tidak pernah ikut langsung satu pun

Wartawan: Punca masalah ditahan, siapa yang buat aduan?
Fatimah: Tidak ada orang buat aduan, saya minta permohonan menukar nama saya dan agama saya dekat mahkamah syariah. Saya buat permohonan.

Wartawan: sekarang dalam IC nama Ravathi nama Islam?
Fatimah: Saya nak gugurkan nama itu

(Untuk makluman Fatimah fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia)
Di Mahkamah Tinggi semalam wakil dari Majlis Perundingan Agama Hindu, Sikh, Buddha dan Kristian turut berada di mahkamah.

Perkembangan ini sudah pasti mencetuskan kebimbangan dihati sebahagian besar umat Islam, sejauh manakah kemampuan pihak berkuasa agama kita dalam membela dan mempertahankan aqidah umat Islam? Apa yang berlaku di Shah Alam semalam sudha pasti dianggap oleh masyarakat bukan Islam sebagai menyekat kebebasan mereka dan menggambarkan seolah Islam itu zalim dan memporak-perandakan rumahtangga orang.

Saya menyeru para ulamak, pihak berkuasa agama agar melihat balik keberkesanan program pemurnian aqidahnya. Jika perlu ditukar dan digantikan para pegawai dan kaunselor dengan yang lebih baik dan terlatih, amka segeralah lakukan. Jangan kerana kelemahan dan kekurangan kita kelak Islam dilihat sebagai agama yang boleh dipermainkan.

Perkembangan kes Siti Fatimah atau Ravathi ini menuntut semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin masyarakat Islam agar lebih peka dan memikirkan bagaimana usaha yang paling berkesan untuk bertindak dalam suasana seumpama ini. Kita mahu mempertahankan aqidah penganut Islam tetapi dalam waktu yang sama kita perlu memikirkan bagaimana mengelakkan tindakan kita itu dianggap dan dieksploitasi sebagai usaha untuk menyekat kebebasan rakyat.

Kalau dalam hal mempertahankan nasib dan masadepan sekolah dan bahasa Cina, para pimpinan masyarakat Cina dari MCA, Gerakan dan DAP boleh duduk berunding semeja dan bersetuju serta membuat tuntutan bersama saya tidak nampak mengapa dalam hal sebesar dan sepenting ini pimpinan politik Melayu dari PAS dan Umno tidak boleh duduk bersama dan dilibatkan sekali Raja-raja Melayu dan para Mufti serta NGO Islam.

Kalau dalam hal Malayan Union tahun 1946 dahulu orang-orang Melayu boleh bangun memberikan tekanan mengapa dalam hal akidah seumpama ini kita lesu dan membisu?

Selepas Lina Joy,Fatimah lepas ni siapa lagi? Benarkah ada beribu lagi Lina Joy dan Fatimah di Malaysia?

Maashaa Allaah I've never seen the inside of the Ka'bah before!

May Allah make our journey to Hajj and Umrah easier, Insha Allah.







SOALAN;

Ustaz saya ada kemusykilan,perlukah perempuan yang hamil anak luar nikah dinikahkan sekali lagi,ini kerana lelaki yang menghamilkan dia telah bertanggungjawab dan menikahinya,tetapi ada yang mengatakan perlu di akad nikah sekali lagi setelah melahirkan anak.Boleh ustaz jelaskan?


Jawapan;

Wallahu A’lam tentang pandangan tersebut. Sekadar yang saya tahu, dalam masalah mengahwini wanita hamil kerana berzina ada dua pandangan ulamak;


a) Pandangan pertama; wanita yang hamil kerana berzina tidak harus dinikahi sehinggalah ia melahirkan anaknya. Pandangan ini merupakan pendapat Imam Rabi’ah, as-Tsauri, al-Auza’ie dan Ishaq dan ia merupakan pegangan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Ahmad. Ini kerana menurut mereka, wanita yang melakukan persetubuhan zina wajib ke atasnya beriddah selama tiga kali haid atau tiga bulan (mengikut pendapat Imam Malik) atau dengan melahirkan anak jika ia hamil.

Jika wanita yang berzina itu mempunyai suami, haram ke atas suaminya mensetubuhinya hinggalah tamat iddahnya itu. Kesimpulannya; mengikut pandangan ini, wanita yang berzina tidak harus dikahwini kecuali setelah tamat iddahnya iaitu tiga kali suci atau tiga bulan. Jika ia hamil tidak harus dikahwini kecuali setelah melahirkan anak. Di samping itu mereka menambah satu lagi syarat iaitu hendaklah wanita itu telah bertaubat dari zina.


b) Pandangan kedua iaitu pandangan Imam Syafi’ie dan juga Imam Abu Hanifah; wanita yang hamil kerana berzina harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain, namun tidak harus mensetubuhinya hinggalah ia melahirkan anak yang dikandungnya mengikut pandangan Imam Abu Hanifah. Menurut Imam Syafi’ie; makruh mensetubuhinya dalam keadaan hamilnya itu. Bagi pandangan ini, tidak ada kehormatan bagi zina untuk mewajibkan iddah ke atas wanita yang berzina. Oleh demikian, harus ia dikahwini pada bila-bila masa sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain sekalipun ia sedang hamil. Cuma jika ia sedang hamil diharamkan mensetubuhinya (mengikut mazhab hanafi) atau dimakruhkan (menurut mazhab Syafi’ie) sehinggalah ia melahirkan anak. Selain itu –menurut pandangan ini juga- jika wanita yang berzina itu mempunyai suami harus suaminya mensetubuhinya tanpa perlu menunggu tempoh iddah tertentu sebagaimana pandangan pertama tadi.


Kesimpulannya, menurut pandangan kedua wanita yang hamil harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain. Jadi, mengikut pandangan ini akad perkahwinan antara mereka berdua adalah sah.
Wallahu A’lam.


Bahan RencahOleh ustzul


Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;

Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.


Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.


Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.


PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA

Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;


Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)



Edwin Hubble

Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.


Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.


Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.



Oleh: Noorzila Jamaludin
AL ISLAM April 2007 (m/s 44 – 45)

Sudah tidak adakah seorang Muslim di dunia ini yang boleh dibanggakan, diangkat menjadi contoh serta mewakili ajaran Islam sebenar? Pertanyaan tersebut diutarakan apabila membaca tajuk berita yang disiarkan melalui internet baru baru ini; Saya perlu menegakan kebaikan Islam.
Bukan niat baik tersebut dipertikikan, tetapi yang mengeluarkan kenyataan tersebut ialah aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan. Berita itu memetik Shah Rukh Khan dalam satu temu bual dengan sebuah majalah mingguan India, Tehelke.
Bukan setakat itu, aktor tersebut juga menyatakan dia adalah seorang duta Islam ‘sebenar’, walaupun pada waktu sama mengakui masih terpesona dengan Ram Lila seperti zaman kanak kanaknya.
Walaupun mengakui dirinya tidak mempunyai ilmu yang mendalam mengenai agama Islam, Shah Rukh Khan berasa dia perlu melakukan sesuatu untuk menegakkan kebaikan Islam, tambah melihat kekalutan berkaitan umat Islam di serata dunia.
Usia, menurut aktor itu, memainkan peranan dalam pembentukan fikirannya. Umum mengetahui Shah Rukh Khan dilahirkan dalam keluarga Islam, tetapi dibesarkan mengikut agama Hindu. Malah beliau berkahwin dengan seorang wanita Hindu dan mempunyai dua anak, yang katanya dididik dengan nilai nilai pelbagai agama.
Penilaian umat Islam terhadap Shah Rukh Khan berdasarkan maklumat ini boleh dijangkakan; layaklah dia mengakui dirinya sebagai duta Islam sebenar?
Malah aktor itu juga mengakui dia mewakili seorang ‘Muslim moden’. “Saya mahu orang tahu bahawa Islam bukan sahaja berkaitan menjadi seorang fanatik atau radikal, menjadi orang yang menyimpan rasa marah, dan hanya tahu berjihad. Saya mahu tahu bahawa maksud sebenar jihad adalah mengatasi keganasan dan kelemahan yang terdapat dalam diri seseorang. Jika perlu, ia harus diatasi secara ganas,’ katanya dalam temu bual itu.
Kenyataan Shah Rukh Khan ini boleh diinterprestasi dengan pelbagai maksud, tetapi penggunaan perkataan fanatik, radikal, marah, jihad dan keganasan dalam satu kenyataan mencerminkan persepsi umum bukan Islam terhadap umat Islam sekarang. Dan inilah yang sering digembar gemburkan oleh media Barat.
Sayang sekali Shah Rukh Khan tidak menyatakan hasratnya untuk mendalamai Islam, kenyataannya sekadar mengambarkan bahawa dia sebenarnya telah jauh meninggalkan agama nenek moyangnya.
Dalam wawancara itu, aktor tersebut juga mengakui keluarganya menjadi tidak tenang setelah kematian bapanya ketika dia berusia 15 tahun, dan ibunya semasa umurnya mencecah 25 tahun.
Kakaknya yang mempunyai ijazah sarjana bidang undang undang menghadapi tekanan perasaan setelah kematian bapanya sehingga perlukan rawatan psikiatri. Malah keadaan bertambah teruk setelah kematian ibu, dan aktor itu pernah mendapat rawatan untuknya di London.
Jangan terkejut jika Shah Rukh Khan juga mengakui sering berdoa, dan wajahnya yang sering tergambar di fikirannya ketika itu ialah wajah ibu serta bapanya – dan anjing peliharaannya, Chewbacca. “ Ooops adakah itu kufur?” Guraunya tidak mengena.
Shah Rukh Khan dilahirkan dalam keluarga berbangsa Pathan atau Pasthun yang berasal dari Afghanistan. Kedua dua bapanya Taj Mohammed Khan dan ibunya Lateef Fatima dilahirkan dan dibesarkan di New Delhi, India. Keluarga Khan datang dari Kissa Kahani Bazaar di Peshawar, sebelum Pakistan berpisah dari India.
Shah Rukh Khan mempunyai ijazah pertama dalam bidang ekonomi dari Kolej Hansraj sebelum mendapat ijazah sarjana dalam komunikasi massa dari Universiti Jaia Millia Islamia. Beliau berkahwin dengan seorang wanita Hindu, Gauri Khan pada 1991 dan mempunyai seorang anak lelaki, Aryan dan seorang anak perempuan, Suhana. Kedua duanya menurut Shah Rukh , dibesarkan dengan kepercayaan terhadap pelbagai agama. A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan