Isnin, 4 Mei 2009




sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri.. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.

Baca lagi di ARTIKEL HANGAT


Tip berucap di khalayak ramai






tip public speakingBukan semua orang boleh berucap di hadapan orang ramai. Contohnya dalam satu-satu mesyuarat sebenarnya ramai yang ada idea untuk menyampaikan sesuatu atau berkongsi idea tetapi terbantut kerana kelemahan public speaking ini. Akhirnya seperti biasa selepas mesyuarat dan keputusan telah dibuat masih ada yang berbunyi di belakang.

Kita sukar memberikan respon dalam majlis. Apabila diminta sekalipun berat mulut kita untuk mengatakannya. Pada OK tidaklah menjadi kesalahanpun untuk tidak memberikan pandangan atau pendapat, namun yang kurang bestnya... kita rancak memberikan pandangan mahupun kritikan tetapi bukan di bilik mesyuarat. Adois... Enakkah begini??? Kita rancak memberikan kritikan dan pandangan di kantin misalnya, di warung kopi dsb... Di situ tempat kita. Dan kitalah jaguhnya... Adilkah begitu???

Ada yang peramah dan hu ha hu ha di kedai kopi atau sesama teman tetapi apabila diberi peluang berucap di hadapan orang ramai mula tergagap-gagap dan tersengih-tersengih serta nervous.

Ada juga orang yang agak pendiam tetapi apabila di beri mikrofon akan bercakap tidak berhenti-henti.

Tip berucap di khalayak ramai:

1. Mulakan dengan sesuatu yang menarik perhatian penonton
2. Pastikan penyampaian anda penuh bertenaga
3. Pastikan ucapan anda sistematik
4. Sertakan perkataan yang menunjukkan turutan
5. Ceritakan pengalaman anda

Artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Si kacak dalam kubur

walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup



Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT







LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar.

Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.

Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.

Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.

TIDAK ada bintang di belakang seorang angkasawan
AS yang berjalan di bulan pada Julai 1969.

Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.

Baca lagi di ARTIKEL HANGAT





Saja nak beri peringatan kpd kawan2 semua. SAYANGI ANAK-ANAK KORANG!!!!

tolonglah... Adatlah budak2, nakal dan degil tu normal. Tak normal kalau dia tak nakal. Nak ngajar biarlah bertempat, bukan balun semacam.

Ingat,

ajal maut tak siapa tau. Mana tau elok lepas korang balun budak tu, dia terus jatuh tangga ke, jatuh longkang ke sampai dia meninggal, kita mak bapak jugak yang meraung sbb dia pergi tgh2 kita marah.

Kalau hantar anak ke pengasuh/nursery, jgn percaya 100% yang anak korang akan dijaga dengan baik. Periksa latar belakang org yg jaga anak kita tu.

Ada sesetengah nursery guna buai lektrik, itu bahaya. Kenalan aku kt sarawak, anak dia tgh fight dgn maut sbb otak bengkak dek kerana buaian di nursery tu buai lektrik, dah di set supaya mengenjut tak berenti.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Artikel penuh di ARTIKEL HANGAT



Kisah menarik bagaimana seorang Profesor dari Perancis yang membuat kajian mengenai Firaun, mumia dan piramid yang terkejut apabila rupanya di dalam Al-Quran telah ada tertulis berkaitan mumia.



Baca artikel penuh lagi di blog UNTUK SESAMA INSAN



Kuasa Seorang Perempuan


KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Baca artikel penuh "kuasa seorang perempuan" di ARTIKEL HANGAT


ila nak peluk ... yang aku suka peluk





Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT








“Lang…,”
“Hmmm…,”
“Bosanlah…,”
“Hmmm…,”
“Lang….
“Hmm….,”
“Achong mana?,”
“Entah. Katanya nak jalan-jalan. Ambil angin,”
“Macamlah kat sini tak boleh ambil angin…,”
Lang menoleh. Memandang wajah comel Toy.
“Kau ni Toy. Macam tak kenal dengan Achong pulak. Achong tu bukan macam kita. Mana boleh nak ambil angin macam kita ni…,”
Toy tersengih.
“Ya juga. Aku lupa….,”
“Oit! Korang berdua!,”
Lang tersentak. Toy hampir tergolek. Nasib baik tangan kecilnya sempat mencapai sesuatu untuk dipegang. kalau tidak… dia menelan liur melihat tingginya tempat dia berada saat ini. Mahu berkecai kalau dia jatuh.
“Kau ni Achong! Terkejut aku! Kalau aku jatuh, macam mana? Kau bukannya boleh sambut!,”nyaring suara Toy menjerit. Lang mengangguk tanda setuju.
“Sorrylah,”
“Sorry…sorry…sorry. Itu sajalah yang kau tahu,”sampuk Lang sambil menyelak rambutnya yang mengurai panjang.
“Aku ada berita nak beritahu ni,”

Baca cerpen penuh Jiran Baru di ARTIKEL HANGAT







Saya pernah terdengar di Kedah dahulu ada seorang yang memelihara harimau yang bnesar di rumahnya, tapi di Afrika Selatan lagi hebat, mandi bersama singa yang lebih besar dari badan manusia. Ni dah kira Tarzan moden nih.

Kevin Richardson and meg the lion

Artikel penuh di STRANGE WORLD






Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT....

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT






Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............ ... satu peringatan.
I would like to relate to you all an incidence... ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago.....
.... ..
After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb.
Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.

Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT







BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada
di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan
merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang
boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini
diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan
mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan
anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya
dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh
diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT







apa itu cinta @ isuhangat

DUA BELAS:
Anda selalu bergayut dengan si dia sehingga larut malam dan apabila anda tidur anda masih fikir akan dia.

SEBELAS:
Anda sebenarnya berjalan dengan perlahan apabila anda dengannya.

SEPULUH:
Anda tidak merasa Ok apabila si dia berjauhan.

SEMBILAN:
Anda tersenyum apabila anda mendengar suara si dia.

LAPAN:
Apabila anda melihat kepada si dia,anda tidak nampak orang lain sekitar anda. Anda melihat hanya si dia..

Baca sambungannya di ARTIKEL HANGAT



duit survey

pinjam duit

RAHSIA IBLIS
------------

rahsia iblis @ isuhangat
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?."
Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."


Bac artikel penuh di ARTIKEL HANGAT







Berhati2 kalau nak buang pads…mcm2 org boleh buat…gerun baca kisah nih

Buat renungan bersama.......

ULAT KELUAR DARI KEMALUAN

Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati.

Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu.

"Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha.." kata Pak Cu merendah diri.

Baca lagi di ARTIKEL HANGAT




Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT






Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu...

Baca lagi di ARTIKEL HANGAT






1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan